Selasa, 11 Oktober 2011

Pendahuluan

Pendahuluan

                Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S. W. T yang telah memberikan kudrat kepada kami untuk melaksanakan kertas kerja Teknologi Maklumat Komputer ini.
            Syarikat ini menerangkan tentang sebuah syarikat kenderaan bermotor iaitu Syarikat Pearl Motor Sdn. Bhd. Syarikat ini menjual kenderaan bermotor yang berkualiti tinggi. Selain itu, syarikat ini juga telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang terdapat di negara-negara maju seperti Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.
            Syarikat ini memasarkan kenderaan eksekutif seperti  BMW, Mitsubishi, Audi dan Porsche. Kenderaan ini diambil daripada kilang-kilang kenderaan luar yang membuat pemasangan di Malaysia.
            Kebiasaannya, kenderaan yang diimport dari luar negara perlu melalui satu proses penempahan jarak jauh sehingga mengambil masa selama satu tahun. Kenderaan yang diimport perlu melalui satu lagi proses pemeriksaan clean and clear( C&C ).

Penghargaan

Penghargaan
                        Segala puji – pujian hanya kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan rahmat dan kurnianya, kami bertiga masih lagi bernafas dan dapat menyambung tugasan atau tanggungjawab kami sebagai seorang insan yang bergelar Muslim untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini.
                        Pertamanya, kami berasa teruja dan amat berbesar hati kerana telah dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan serta dipertanggungjawabkan kepada kami untuk diselesaikan. Kami amat berterima kasih kepada guru kelas tmk kami iaitu encik wan hazani kerana telah membenarkan kami bertiga untuk membuat tajuk tugasan kerja kursus ini.
                        Selain itu, kami bertiga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada pensyarah kesayangan kami iaitu Encik Wan Hazani diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan terutamanya dalam kami menyelesaikan tugasan kerja kursus kami ini selain pengajaran yang amat berkesan yang beliau tonjolkan di kelas. Jasa Encik Wan tidak dapat kami lupakan dan kami balas.
                        Selain itu, segala penghargaan kami berikan kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak membantu kami terutamanya dalam meyelesaikan segala kos dan tanggungan perbelanjaan kami sepanjang kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakan seperjuangan kerana telah banyak membantu kami terutamanya ketika kami mengalami sedikit masalah atau kesulitan sepanjang kami melakukan tugasan ini. Segala jasa dan budi baik kalian tidak akan kami lupakan sepanjang hidup kami.
                        Sebagai kesimpulan, kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ketika kami menjalankan tajuk tugasan ini. Segala pengorbanan dan jasa baik kalian semua dibalas oleh Allah Taala dengan ganjaran pahala. InsyaAllah.

Isi kandungan

BIL
TAJUK
MUKASURAT
1
Penghargaan
1
2
Pendahuluan
2
3
Bab 1-Pengenalan syarikat
3
4
Bab 2-Definisi Logo dan Warna
4
5
Bab 3-Moto, Misi, Visi, dan Objektif
6
6
Bab 4-Carta Organisasi Syarikat
7
7
Bab 5-Senarai Kenderaan Yang Dijual
8
8
Bab 6-Peta Lokasi Perniagaan
10
9
Bab 7-Senarai Nama Pelanggan
11
10
Lampiran
12

Muka depan


Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Diploma Pendidikan Islam
Kelas 3 (Semester 1)

Teknologi Maklumat Komputer
Nama Pensyarah:Encik Wan Hazani             

Nama ahli kumpulan:
Muhammad Faiz Nazmi bin Mohd Salleh 
Muhammad Fadhil bin Mohd Farid
 Muhammad Zulfaizal bin Zolkifli