Selasa, 11 Oktober 2011

Penghargaan

Penghargaan
                        Segala puji – pujian hanya kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan rahmat dan kurnianya, kami bertiga masih lagi bernafas dan dapat menyambung tugasan atau tanggungjawab kami sebagai seorang insan yang bergelar Muslim untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini.
                        Pertamanya, kami berasa teruja dan amat berbesar hati kerana telah dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan serta dipertanggungjawabkan kepada kami untuk diselesaikan. Kami amat berterima kasih kepada guru kelas tmk kami iaitu encik wan hazani kerana telah membenarkan kami bertiga untuk membuat tajuk tugasan kerja kursus ini.
                        Selain itu, kami bertiga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada pensyarah kesayangan kami iaitu Encik Wan Hazani diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan terutamanya dalam kami menyelesaikan tugasan kerja kursus kami ini selain pengajaran yang amat berkesan yang beliau tonjolkan di kelas. Jasa Encik Wan tidak dapat kami lupakan dan kami balas.
                        Selain itu, segala penghargaan kami berikan kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak membantu kami terutamanya dalam meyelesaikan segala kos dan tanggungan perbelanjaan kami sepanjang kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakan seperjuangan kerana telah banyak membantu kami terutamanya ketika kami mengalami sedikit masalah atau kesulitan sepanjang kami melakukan tugasan ini. Segala jasa dan budi baik kalian tidak akan kami lupakan sepanjang hidup kami.
                        Sebagai kesimpulan, kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ketika kami menjalankan tajuk tugasan ini. Segala pengorbanan dan jasa baik kalian semua dibalas oleh Allah Taala dengan ganjaran pahala. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan