Khamis, 13 Oktober 2011

Peta lokasi syarikat

contoh jenis kereta yang dijual


Senarai kenderaan yang dijual







              

Carta organisasi



Moto,visi,misi dan objektif syarikat

BAB 3: MOTTO,VISI,MISI DAN OBJEKTIF

Motto:
Saksama,Mesra dan Selamat.

Visi:
Menjadikan syarikat kami sebagai sebuah syarikat pengedar kenderaan yang berjaya serta memenuhi citarasa pelanggan selain memberikan harga yang berpatutan mengikut pasaran semasa.

Misi:
Mengedarkan kenderaan-kenderaan yang selamat digunakan serta meningkatkan mutu penjualan kenderaan Malaysia setaraf dengan luar negara.

Objektif:
        i.            Memasarkan kenderaan yang bermutu tinggi serta memberikan khidmat servis yang terbaik.
      ii.            Menjual kenderaan mengikut undang-undang berlandaskan prinsip syariah islam.
    iii.            Menjadi sebuah syarikat pengedar kereta yang termasyur di Malaysia.

Definisi warna

Definisi logo dan warna



Add caption



pengenalan syarikat

BAB 1: PENGENALAN SYARIKAT
           
            Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami dari kumpulan satu telah membuka sebuah syarikat permotoran yang terletak di Gelang Patah, Johor Bharu yang bernama Pearl Motor Sdn. Bhd. Syarikat kami memasarkan kenderaan bermotor iaitu kereta yang  diimport khas dari luar negara.
             Syarikat kami diterajui tiga pemegang saham terbesar yang terdiri daripada anak-anak mude yang berhati waja iaitu Sheikh Muhd Faiz Nazmi, Dato Tan Sri Fadhil, dan Tuan Muda Zulfaizal Zolkifli. Syarikat kami juga mempunyai beberapa rakan kongsi dari luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, dan lain-lain. Antara jenama kereta yang syarikat kami edarkan ialah , Porsche, Mitsubishi,BMW,Audi dan sebagainya.
           Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan servis yang lebih efisyen kepada pelanggan-pelanggan kami. Selain itu,kami memberikan jangka masa jaminan yang panjang demi kepuasan pelanggan kami.
            Bukan itu sahaja, syarikat kami juga merancang untuk menjadi penganjur dalam apa jua aktiviti sukan bermotor selain menghantar wakil dari syarikat kami untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Kami juga merancang untuk menambah beberapa cawangan di sekitar Johor seperti di Kulaijaya dan Nusajaya. Kami akan berusaha sebaik mungkin, supaya syarikat kami lebih berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa dan setanding dengan negara maju yang lain.
            Oleh itu, kami berharap agar pihak kerajaan dapat memberikan sokongan kepada usaha kami ini. Semoga kami dapat menjadi usahawan muda yang berjaya. insyaAllah.